animasi-bergerak-selamat-datang-0031

Raja Berpelembagaan ?


RAJA BERPELEMBAGAAN

1)Maksud Raja Perlembagaan

 Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

1)Sistem Raja Berpelembagaan.
2)Sistem Demokrasi Berparlimen
3) Sistem Persekutuan.


 Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
 

merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. - Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. - Urutan: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. - Menyandang jawatan selama lima tahun.


 Keseimbangan Dalam Sistem Raja Perlembagaan 

-Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara mempunyai kedudukan istimewa - mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja - Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara

 Ciri-ciri Kelayakan Menjadi Yang di-Pertuan Agong 1.

Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih. 2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. 3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi.”


 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 1.

 
Sebagai Badan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan: i. Melantik seorang Perdana Menteri; ii. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan parlimen; iii. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Raja perlembagaan.

    Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
     Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

    Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.

     Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Tonggak negara dan Ketua Utama Negara . Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

     Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.


                      





Kuasa pemerintahan.



    Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.


    Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.


2)Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan 

* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)

- Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.

- Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.

- Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.

- Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.

- Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu. 





No comments:

Post a Comment