animasi-bergerak-selamat-datang-0031

Majlis Raja-raja


Imuniti Raja

- Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja.

- Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan.

- Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.


Majlis Raja-Raja

* Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.


3)Persidangan Majlis Raja-Raja 

* Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.

* Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya.
Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Persidangan Majlis sebagai Platform

* Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.

* Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.

* Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.

* Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

* Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan

* Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian. 




          



4)Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
* Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. 


      i. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. 

     ii. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi 

    iii. Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. 



* Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan yang memberi martabat dan kedudukan di samping

tanggungjawab yang besar, diamalkan hanya semenjak merdeka.Justeru itu, maka sangat adil ia digilir-gilirkan supaya setiap negeri mengalami keistimewaan dan juga beban jawatan itu. 



* Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran. 



i) seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. 

ii) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati laya, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong 

iii) seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh Majlis Raja-Raja.










 PENGAJARAN 

Pengajaran yang kami dapat dalam KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN,RAJA BERPERLEMBAGAAN ialah kita sebagai rakyat hendaklah menghayati konsep Raja Berpelembagaan dan memahami tentang sistem Raja Berpelambagaan. Kuasa pemeritahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat. Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik. Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa. Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.


KESIMPULAN

·       Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak 

     autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak 

     Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi,

     iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong. 


·       Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan 

     tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi

     kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri. 


·       Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara

     sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara 

     dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses 

     sistem raja berperlembagaan itu sendiri.


·       kami dapat memahami tentang konsep Demokrasi Berparlimen 

    dan Raja Berpelembagaan dengan baik.



RUJUKAN


-   -http://4grouppm.blogspot.com/2014/09/sistem-demokrasi-berparlimen-dan-raja.html
-http://www.umnowilayah.com.my/topik/T-Demokrasi-Berparlimen.html
-http://historiansgroup3.blogspot.com/2014/09/bincangkan-demokrasi-parlimen-sistem.html
-http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/10/sistem-demokrasi-berparlimen-dan-raja.html

BUKU
 -
Pengajian Malaysia (edisi kelima) Mardiana Nordin , Hasnah Hussin , Oxford Fajar Sdn . Bhd .
 -Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie , 2001 , Nota Lengkap Sejarah Malaysia Stpm Shah Alam :     Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . 

RENCANA 
 - Utusan Malaysia , 20 november 2009 oleh DR.SIVAMURUGAN PANDIAN .


AKHBAR
- Utusan Malaysia , 22 jun 2016 , Halaman 4 .   



SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment