animasi-bergerak-selamat-datang-0031

Perlembagaan & Struktur Parlimen Malaysia


3)Perlembagaan

· Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan 
secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang 
menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

· Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan 

dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

· Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal

 ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

· Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 

183 perkara.

· Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri 

 dan Badan Kehakiman.

· Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan 

   Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan 
   dengan Kerajaan Negeri

 Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak,  kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.








4)Struktur Parlimen Malaysia.

·         Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
         
              Yang Di-Pertuan Agong
              Dewan Negara
              Dewan Rakyat

·         Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.

·         Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

·         Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.

·         Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.


                            



      

1 comment:

  1. BetMGM, America's biggest casino brand, opens online US retail
    BetMGM, 전주 출장샵 America's biggest casino brand, 공주 출장마사지 opens online US retail sports betting. 서울특별 출장샵 The operator will open online and 포천 출장마사지 in 부산광역 출장마사지 states where it plans to

    ReplyDelete