animasi-bergerak-selamat-datang-0031

NAMA AHLI-AHLI KUMPULAN 3



       


                               


TAJUK : DEMOKRASI DI MALAYSIA

Nama Pensyarah : Ustazah Naimah Binti Ismail


                                                           Nama Ahli kumpulan 3
  1. Amerul Adli Bin Abd Aziz
    16DET16F1010

  2. Muhd Hasif Bin Shahruddin
    16DET16F1006

  3. Nur Atira Natasya Binti Amran
    16DET16F1035 

  4. Nurul Amirah Binti Nasir
    16DET16F1068

  5. Nur Salihah Binti Azman Effendie
    16DET16F1011

DEMOKRASI ?


DEMOKRASI BERPARLIMEN

PERKARA 55, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN BAHAWA HANYA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SAHAJA YANG BOLEH MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERSIDANG. BAGINDA JUGA MEMPUNYAI KUASA ISTIMEWA UNTUK MEMBERHENTI ATAU MEMBUBARKAN PARLIMEN.



PARLIMEN MALAYSIA MELAMBANGKAN KEUTUHAN  DEMOKRASI BERPARLIMEN



SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

  • MALAYSIA MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI BAWAH PENTADBIRAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DENGAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEBAGAI KETUA NEGARA. PERLEMBAGAAN NEGARA TELAH DIGUBAL DENGAN MENGADAKAN SYARAT-SYARAT UNTUK PENGALAMAN SISTEM INI. SALAH SATU SYARAT SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN ADALAH PEMBAHAGIAN KUASA KEPADA TIGA BAHAGIAN DI DALAM PEMERINTAHAN, IAITU PERUNDANGAN, KEHAKIMAN DAN PENTADBIRAN ATAU EKSEKUTIF.
  • MALAYSIA JUGA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI BERASASKAN KEPADA SISTEM PERSEKUTUAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, IA BERMAKNA NEGERI-NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK , SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN, SARAWAK DAN SABAH TELAH BERSETUJU DENGAN KONSEP PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA.
  • SETIAP NEGERI YANG TERBABIT TELAH MENYERAHKAN SEBAHAGIAN KUASA MASING-MASING, SEPERTI KEWANGAN, PERTAHANAN, PELAJARAN, LUAR NEGARA DAN LAIN-LAIN LAGI SEPERTI MANA YANG TELAH TERCATAT DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG DI TADBIR OLEH KERAJAAN PUSAT. ADA PERKARA-PERKARA YANG DIJADIKAN KUASA NEGERI DAN NEGERI AKAN MENTADBIRKAN KUASA.
  • SEBAGAI SEBUAH NEGARA RAJA BERPERLEMBAGAAN, MAKA DIPERUNTUKAN OLEH PERLEMBAGAAN INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG, RAJA-RAJA MELAYU DI SEMBILAN BUAH NEGERI DAN MAJLIS RAJA-RAJA. BAGINDA ADALAH DIBERI KUASA UNTUK MEMELIHARA ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU DAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ADALAH KETUA AGAMA ISLAM BAGI NEGERI-NEGERI PULAU PINANG, SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN.
  • SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG JUGA MENJADI KEPALA UTAMA NEGARA DAN BAGINDA ADALAH PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA NEGARA. BAGINDA AKAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DIBAWAH PERLEMBAGAAN MENGIKUT NASIHAT PERDANA MENTERI ATAU JEMAAH MENTERI . RAJA-RAJA PULA MENJADI KETUA NEGERI MASING-MASING DAN MENJALANKAN TUGAS MENGIKUT NASIHAT MENTERI-MENTERI BESAR ATAU KETUA-KETUA MENTERI.


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN DAN IKRAR TAAT SETIA PADA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH MEMEMANG JAWATAN YDA X111 PADA 13 DISEMBER 2006
(SUMBER: PERPUSTAKAAN FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA)






YANG DI-PERTUAN AGONG

    • PARLIMEN PERSEKUTUAN MENGANDUNGI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DAN DUA DEWAN IAITU DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT.
    •  DENGAN DEMIKIAN YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERLUKAN OLEH PERLEMBAGAAN UNTUK MEMANGGIL PARLIMEN BERMESYUARAT DALAM MASA ENAM BULAN ANTARA PERSIDANGAN YANG AKHIR DALAM SATU PENGGAL YANG KEMUDIANNYA.
    • BAGI DEWAN RAKYAT, KETUA ATAU TIMBALAN KETUA MAJLIS HENDAKLAH MENETAPKAN SEKURANG-KURANGNYA 28 HARI SEBELUM PERMULAAN TIAP-TIAP PENGGAL, TARIKH-TARIKH MAJLIS AKAN BERMESYUARAT DALAM PENGGAL ITU. WALAU BAGAIMANAPUN , KETUA ATAU TIMBALAN KETUA MAJLIS BOLEH MENGUBAH TARIKH-TARIKH YANG DITETAPKAN ITU DARI MASA KE SEMASA.
    • PARLIMEN PERSEKUTUAN MERUPAKAN BADAN PERUNDANGAN YANG TERTINGGI DI MALAYSIA. MELAINKAN JIKA DIBUBARKAN TERLEBIH DAHULU. PARLIMEN AKAN TERUS BERJALAN SELAMA LIMA TAHUN, DARI TARIKH MESYUARAT PERTAMANYA SELEPAS PILIHANRAYA UMUM.
    • PADA PENGHUJUNG TEMPOH LIMA TAHUN INI, PARLIMEN DENGAN SENDIRINYA DIBUBARKAN DAN DALAM MASA 60 HARI DARI TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN, PILIHANRAYA UMUM BAGI MEMILIH WAKIL-WAKIL UNTUK DEWAN RAKYAT HENDAKLAH DIADAKAN, DAN PARLIMEN DIPANGGIL BERMESYUARAT PADA SUATU TARIKH YANG TIDAK LEWAT DARIPADA 120 HARI DARI TARIKH PEMBUBARANNYA. 

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA TERDIRI DARIPADA TIGA KOMPONEN:-
1.        YANG DI-PERTUAN AGONG 
2.       DEWAN NEGARA
3.       DEWAN RAKYAT






Apa yang dimaksudkan dengan DEMOKRASI BERPARLIMEN ?



1)DEMOKRASI BERPARLIMEN

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4           Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

    Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

    Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima
tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

    Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. 









2)Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

        Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
      Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
      Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
      Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
       Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Perlembagaan

Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan  rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

Contoh dokumen perlembagaan











Raja Berperlembagaan

Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia.

 Parlimen

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

 Pilihan Raya

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat unuk memerintah samada pada  peringkat negeri mahupun persekutuan . Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.


Kuasa Pemerintahan

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan perundangan ,badan pelaksana dan badan kehakiman.

 Parti parti politik

Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang unTuk mendapatkan kuasa.

 Kebebasan Asasi

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat.Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak bersyarat.Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu.




Perlembagaan & Struktur Parlimen Malaysia


3)Perlembagaan

· Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan 
secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang 
menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

· Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan 

dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

· Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal

 ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

· Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 

183 perkara.

· Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri 

 dan Badan Kehakiman.

· Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan 

   Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan 
   dengan Kerajaan Negeri

 Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak,  kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.








4)Struktur Parlimen Malaysia.

·         Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
         
              Yang Di-Pertuan Agong
              Dewan Negara
              Dewan Rakyat

·         Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.

·         Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

·         Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.

·         Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.


                            



      

Raja Berpelembagaan ?


RAJA BERPELEMBAGAAN

1)Maksud Raja Perlembagaan

 Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

1)Sistem Raja Berpelembagaan.
2)Sistem Demokrasi Berparlimen
3) Sistem Persekutuan.


 Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
 

merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. - Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. - Urutan: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. - Menyandang jawatan selama lima tahun.


 Keseimbangan Dalam Sistem Raja Perlembagaan 

-Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara mempunyai kedudukan istimewa - mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja - Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara

 Ciri-ciri Kelayakan Menjadi Yang di-Pertuan Agong 1.

Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih. 2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. 3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi.”


 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 1.

 
Sebagai Badan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan: i. Melantik seorang Perdana Menteri; ii. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan parlimen; iii. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Raja perlembagaan.

    Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
     Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

    Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.

     Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Tonggak negara dan Ketua Utama Negara . Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

     Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.


                      





Kuasa pemerintahan.



    Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.


    Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.


2)Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan 

* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)

- Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.

- Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.

- Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.

- Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.

- Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu. 





Majlis Raja-raja


Imuniti Raja

- Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja.

- Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan.

- Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.


Majlis Raja-Raja

* Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.


3)Persidangan Majlis Raja-Raja 

* Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.

* Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya.
Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Persidangan Majlis sebagai Platform

* Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.

* Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.

* Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.

* Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

* Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan

* Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian. 




          



4)Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
* Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. 


      i. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. 

     ii. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi 

    iii. Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. 



* Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan yang memberi martabat dan kedudukan di samping

tanggungjawab yang besar, diamalkan hanya semenjak merdeka.Justeru itu, maka sangat adil ia digilir-gilirkan supaya setiap negeri mengalami keistimewaan dan juga beban jawatan itu. 



* Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran. 



i) seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. 

ii) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati laya, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong 

iii) seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh Majlis Raja-Raja.










 PENGAJARAN 

Pengajaran yang kami dapat dalam KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN,RAJA BERPERLEMBAGAAN ialah kita sebagai rakyat hendaklah menghayati konsep Raja Berpelembagaan dan memahami tentang sistem Raja Berpelambagaan. Kuasa pemeritahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat. Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik. Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa. Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.


KESIMPULAN

·       Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak 

     autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak 

     Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi,

     iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong. 


·       Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan 

     tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi

     kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri. 


·       Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara

     sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara 

     dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses 

     sistem raja berperlembagaan itu sendiri.


·       kami dapat memahami tentang konsep Demokrasi Berparlimen 

    dan Raja Berpelembagaan dengan baik.



RUJUKAN


-   -http://4grouppm.blogspot.com/2014/09/sistem-demokrasi-berparlimen-dan-raja.html
-http://www.umnowilayah.com.my/topik/T-Demokrasi-Berparlimen.html
-http://historiansgroup3.blogspot.com/2014/09/bincangkan-demokrasi-parlimen-sistem.html
-http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/10/sistem-demokrasi-berparlimen-dan-raja.html

BUKU
 -
Pengajian Malaysia (edisi kelima) Mardiana Nordin , Hasnah Hussin , Oxford Fajar Sdn . Bhd .
 -Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie , 2001 , Nota Lengkap Sejarah Malaysia Stpm Shah Alam :     Penerbit Fajar Bakti Sdn . Bhd . 

RENCANA 
 - Utusan Malaysia , 20 november 2009 oleh DR.SIVAMURUGAN PANDIAN .


AKHBAR
- Utusan Malaysia , 22 jun 2016 , Halaman 4 .   



SEKIAN TERIMA KASIH